PRODUK-PRODUK SISTEM PENGGERA MYKOMANDO

1. MyKomando Sound & Flash Alarm System - (Model No. MKA-01)

2. MyKomando Windows/Door Entry Alarm - (Model No. MKA-02)

3. MyKomando Wireless GSM Alarm System - (Model No. MKA-03)

Friday, April 16, 2010

KEJADIAN PECAH RUMAH



Bagaimana boleh berlaku

* Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
* Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
* Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
* Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
* Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
* Menggunakan kunci pendua.

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

* Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
* Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
* Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
* Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
* Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
* Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
* Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
* Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

* Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
* Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak pintu.
* Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
* Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
* Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
* Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
* Pasangkan SISTEM PENGGERA KESELAMATAN yang baik untuk rumah/bangunan.
* Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
* Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat apabila berlaku pecah rumah

* Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
* Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.