PRODUK-PRODUK SISTEM PENGGERA MYKOMANDO

1. MyKomando Sound & Flash Alarm System - (Model No. MKA-01)

2. MyKomando Windows/Door Entry Alarm - (Model No. MKA-02)

3. MyKomando Wireless GSM Alarm System - (Model No. MKA-03)

Thursday, May 20, 2010

Thursday, May 13, 2010

MyKomando Sound & Flash Alarm System














Produk pengenalan - Sistem Penggera Nyalaan & Bunyi MyKomando model MKA-01.

Unit terdiri daripada 2 remote control, 2 door/window sensor dan 1 unit main control.

Sistem Penggera ini adalah kombinasi nyalaan lampu merah dan bunyi bila pencerobohan telah berlaku.

Hanya perlu "ON" atau "OFF" pada main control unit dengan menggunakan remote control. Produk kami tidak memerlukan sebarang pendawaian dan ia adalah wayarles serta pemasangannya sangat mudah (DIY). Terdapat juga ciri-ciri "panic button" pada remote tersebut sekiranya anda terasa ada orang tengah cuba memasuki rumah.


Remote control untuk "ON" dan "OFF" unit penggera serta mempunyai ciri "panic button"

Wednesday, May 5, 2010

Pengenalan Produk MKA 02
























MyKomando Windows/Doors Entry Alarm
Model MKA-02

Ciri-ciri Produk:

1. Senang dipasang, tidak perlu pendawaian
2. 105 db frekuensi - kuat dan boleh menakutkan pencuri
3. Menggunakan kuasa bateri yang amat rendah
4. Hanya perlu "ON" bila ingin menggunakan
5. Siren akan berbunyi sekiranya bahagian magnet mengesan pencerobohan telah berlaku.
6. Sesuai untuk semua jenis rumah dan apartment.

Tuesday, April 27, 2010

Newspaper Advertisment

Iklan mencari agen di suratkhabar Berita Harian/Harian Metro pada 23/24 dan 25hb April 2010.

Friday, April 23, 2010

Wakil Pengedar Diperlukan

Kami akan melancarkan produk kami yang terbaru dipasaran iaitu Sistem Penggera MyKomando. Bagi pelancaran tersebut kami sedang mencari wakil pengedar yang berminat untuk seluruh negeri di Malaysia.

Bagi sesiapa yang berminat sila email kepada mail2us@globalpotential.com.my atau hubungi/sms di 012-6495445.

Sekian, Terima kasih


"RASA SELAMAT DENGAN MYKOMANDO ANDA"

MyKomando Alarm System



Friday, April 16, 2010

KEJADIAN PECAH RUMAH



Bagaimana boleh berlaku

* Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
* Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
* Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
* Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
* Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
* Menggunakan kunci pendua.

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

* Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
* Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
* Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
* Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
* Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
* Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
* Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
* Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

* Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
* Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak pintu.
* Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
* Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
* Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
* Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
* Pasangkan SISTEM PENGGERA KESELAMATAN yang baik untuk rumah/bangunan.
* Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
* Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat apabila berlaku pecah rumah

* Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
* Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

BERTINDAK SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT



Bertindak sebelum terlambat. Keselamatan anda dan keluarga anda perlu diutamakan. Banyak kes-kes pecah rumah telah berlaku di sekeliling kita. Setiap hari pasti ada berita-berita kes pecah rumah telah dilaporkan. Jangan pandang mudah kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa kepada kita. Ambillah langkah-langkah pencegahan,dengan memasang alat-alat penggera di rumah.

Kami menawarkan beberapa sistem penggera rumah jenama "MyKomando" dengan harga yang berpatutan yang mampu dimiliki oleh setiap orang. Alat penggera rumah MyKomando mudah dipasang dan tidak perlu pendawaian.

Keterangan lanjut sila hubungi kami atau wakil pengedar kami yang berdekatan.